HOME

Saturday 14 May 2011

mEnAKar ImAN kEpAdA ALLAH & RASULLUAH

Cinta kepada Rasulluah bukan setakat mengucapkan nya tetapi mesti dibuktikan dengan mengenali, memahami sirah, mentaati, mempertahankan, mengamalkan sunnah, mengharapkan syafaat, termasuklah mengikuti, menyebarkan dan memperjuangkan risalahnya..Rasulluah adalah fokus kecintaan kita pada diri kita sendiri,,pernahkah kita merasai begitu??????....

Untuk itu mari kita renungi dialog cinta ini...
Saidina Umar Al-Farouq pernah berkata kepada Nabi s.a.w.:"wahai Rasulluah,sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun,,kecuali diriku."
  Maka Rasulluah s.a.w.menjawab:"Bukan begitu.Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya,sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri."
  Maka Umar menjawab:"Demi Allah,sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri."
  Maka Rasulluah s.a.w. menjawab:"Sekarang Umar."
(Riwayat Al-Bukhari)

Al-Syaikahani meriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulluah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Tidak beriman salah seorang antara kalian,sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya,anaknya dan seluruh manusia."(Muttafaq 'alaih)

2 hadis di atas sudah cukup dijadikan kayu ukur apakah kita telah benar-benar mencintai Rasulluah. Malu rasanya kalau sekadar mengakui cinta, tetapi cinta itu belum terbukti.
Mana mungkin kita mencintai Allah dan Rasul-Nya jika sistem hidup kita belum mengikut landasan yang termaktub dalam Al-quran dan sunnah sepenuhnyh???? Banyak perkara yang diharamkan malah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya masih dilakukan malah diuar--uarkan oleh orang yang mengakui cintakan Allah dan Rasulluah,,, Apabila ditanya mengapa??? Alasan yang selalu kita dengar adalah tidak mampu, tunggulah dulu, mungkin 1 hari nanti, tidak mahu hipokrit dan lain-lain lagi. Padahal, bukankah mengakui cinta tetapi tidak dibuktikan itu pun sudah satu sikap yang hipokrit???


 Jadi, marilah kita amalkan Islam sebagai satu cara hidup, daripada soal makan minum, berpakaian sehinggalah mengatur urusan atau sistem dalam sebuah negara, Daripada Ibn Abbas r.a.,Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Dapat merasai kemanisan iman, orang yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul",,,,(Riwayat Muslim)......

No comments:

Post a Comment